Risalah Untuk Kaum Muslimin Oleh Syed Muhammad Naquib Al-attas
Kupasan buku "Risalah untuk Kaum Muslimin" karangan Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
- Autor: Vários
- Narrador: Vários
- Editora: Podcast
- Duração: 1:53:50
- Mais informações
Informações:
Sinopse
Risalah untuk Kaum Muslimin ini adalah catatan kata lisan Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas pada tahun 1973, ketika beliau bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Mahaguru Penyandang Kerusi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dan juga sebagai Pengasas serta Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Universiti itu. Sedang Kaum Muslimin di merata dunia menderitai masalah kekeliruan mengenai Islam yang semakin meruncing, Risalah ini mengemukakan pandangan-pandangan Profesor al-Attas yang cukup berdaya-asli dalam maksud membimbing Kaum Muslimin ke jalan yang benar. Sebab utama ter- jadinya keadaan buruk Kaum Muslimin dewasa ini, menurut beliau, adalah kejahilan masyarakat Muslim itu sendiri mengenai Islam secara yang menyeluruh. laitu, Islam sebagai agama yang sebe- narnya yang mampu melahirkan peradaban yang luhur lagi agung, yang mampu menghasilkan ilmu- ilmu Islamiah yang tiada taranya dalam sejarah manusia. Kejahilan mengenai Islam itulah yang telah melenyapkan kesedaran